Wednesday 15 August 2012

PERANCANGAN STRATEGIK PSS 2011-2014


Perancangan Strategik Pusat Sumber Sekolah 2011-2014

PUSAT SUMBER  SEKOLAH
SMK. JALAN MENGKIBOL, KLUANG, JOHOR.

1.Visi Pusat Sumber Sekolah
        Menjadikan PusatSumber SMK Jalan Mengkibol, Pusat Sumber Cemerlang menjelang 2014.
        Berkeupayaan membangunkan minda cemerlang melalui kepelbagaian sumber pengajaran dan pembelajaran.
2.Misi Pusat Sumber Sekolah
        Membantu guru-guru dan pelajar-pelajar mencapai kecemerlangan pendidikan dengan menggunakan segala sumber dan teknologi yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah secara berkesan
3. Objektif Pusat Sumber  Sekolah
        Kecemerlangan Pendidikan
        Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran berbantukan sumber yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah dan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif di kalangan murid.
        Penggunaan kemudahan
        Menggalakkan guru-guru dan  pelajar menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran dan tidak bergantung kepada buku teks semata-mata.
        Pemupukkan Tabiat Belajar
        Memupuk  tabiat belajar sendiri dan berkumpulan dengan cara membaca, menyelidik, ulangkaj imelaluipencarianmaklumatsecarasistematik.
        Penghasilan bahan
        Membantu guru-guru menghasilkan bahan bantu mengajar menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah.
        Kemahiran IT danMaklumat
          Membantu guru-guru dan pelajar-pelajar mempelajari, menggunakan dan
              komputer dan internet dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

Perancangan Strategik Pusat Sumber Sekolah 2011-2014



PIAGAM PELANGGAN  PUSAT  SUMBER SEKOLAH

Memastikan warga sekolah mendapat
 peluang untuk menggunakan segala kemudahan
 yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah.

Sentiasa berusaha memenuhi keperluan
 pelanggan Pusat Sumber berdasarkan sumber-sumber sedia ada
 dan yang diperuntukan olehKementerian Pelajaran Malaysia.

Ahli Jawatankuasa Pusat Sumber
 sentiasa bersedia untuk menerima cadangan, nasihat , idea dan teguran
 dalam usaha meningkatkan mutu pengurusan dan
peranannya sebagai Pemangkin Kecemerlangan Pendidikan Sekolah


Perancangan Strategik Pusat Sumber Sekolah 2011-2014

MATLAMAT PUSAT SUMBER  SEKOLAH
PADA TAHUN 2014 PUSAT SUMBER SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN JALAN MENGKIBOL AKAN :

       Mempunyai barisan pengurusan
Pusat Sumber Sekolah yang berkemahiran,
efektif dan berwawasan.
       Mencapai prestasi antara pusat sumber  sekolah terbaik
Daerah Kluang dan Negeri Johor.

       Mempunyai guru yang berkualiti
dan menguasai kemahiran perpustakaan
dan berpengetahuan menggunakan
pelbagai sumber selari dengan konsep Sekolah Bestari.
                                                              
·       Melahirkan individu-individu
yang berkembang dalam potensi diri
secara menyeluruh dan bersepadu,  sesuai dengan
perkembangan zaman


Perancangan Strategik Pusat Sumber Sekolah 2011-2014


PERANCANGAN STRATEGIK
PUSAT SUMBER SEKOLAH
2011-2014

FOKUS

1.     Peningkatan latihan dan  kemahiran pengurusan pusat sumber sekolah kepada pengawas dan guru pusat sumber sekolah.
2.     Meningkatkan penglibatan 100 peratus pelajar dalam penggunaan pusat sumber sekolah.
3.     Peningkatan 100 peratus pelajar terlibat dengan program NILAM.
4.     Membudayakan penggunaan pusat sumber sekolah sebagai agen mengembangkan potensi individu ke arah kecemerlangan akademik.
5.     Meningkatkan keceriaan dan kemudahan prasarana pusat sumber sekolah ke arah yang  lebih kondusif.
6.     Meningkatkan jaringan kerjasama antara pusat sumber sekolah dengan panitia-panitia matapelajaran.
7.     Mengupayakan Pusat Sumber Sekolah sebagai gerbang maklumat dengan pelbagai bahan dan kemudahan yang terkini.
8.     Memperkasakan peranan dan kerjasama pusat sumber sekolah dengan ibu bapa melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru.
9.     Pengautomasi sepenuhnya sumber dan bahan di PSS.

Perancangan Strategik Pusat Sumber Sekolah 2011-2014

PUSAT SUMBER SEKOLAH
MENJANA KECEMERLANGAN MINDA BESTARI
2011-2014
Merangkumi
PUSAT SUMBER
BILIK TAYANGAN
MAKMAL KOMPUTER
BILIK AKSES KENDIRI
DAN
SEMUA RANGKAIAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

No comments:

Post a Comment